Untuk Pertanyaan Berkenaan Pakej
Bahtera Kembara Holidays Penipu? Ramai yang PM Admin Atikah berkenaan scam atau penipu dari bahtera kembara holidays ni. Yelah kan zaman sekarang ni banyak sangat scammer nak cari duit cepat.
Bahtera Kembara Holidays tidak penipu syarikat ini berdaftar bawah kementerian pelancongan sah. Kebanyakan penipu adalah daripada individu yang menyamar bahawa mereka dari syarikat bahtera kembara holidays. Mereka mencuri gambar-gambar pakej kami dan mempromosikan kepada orang ramai dengan niat menipu.
Senang je nak tahu dorang ni penipu ke tak adalah kat mana dorang suruh anda bank in duit. Jika dorang suruh anda bank in deposit ke akaun personal tapi jual pakej daripada bahtera kembara itu sah penipu. Jangan bank in duit anda kepada akaun personal. Pastikan anda bank in ke akaun syarikat Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd.
Jika anda tersalah bank in, pihak syarikat tidak bertanggungjawab.
Jika anda ragu-ragu sedang whatsapp dengan orang lain. Stop dan block nombor tu. Pastikan anda ambil pakej perlancongan yang ada dalam website ini sahaja. Tentu pastinya pakej khas daripada Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd.
Boleh klik button whatsapp diatas untuk whatsapp direct dengan admin atikah. InsyaAllah beliau akan membantu anda mendapatkan pakej perlancongan yang terbaik.
Senarai Pakej Terkini boleh klik button dibawah untuk ke Homepage senarai pakej dalam dan luar negara
Review rating yang tinggi 4.9 daripada 5 markah yang dapat daripada peserta travel bersama bahtera kembara. Review ini bukan ratusan reviewer tapi ribuan reviewer ini menunjukkan reputasi syarikat kami adalah terbaik.
Pastikan nombor whatsapp yang anda ambil adalah daripada website ini sahaja. Bukan daripada mana-mana media sosial kerana scammer aktif mempromosikan pakej scam di platform media sosial. (Boleh klik button whatsapp diatas)
Pastikan ejen/admin yang anda sedang whatsapp bank in deposit bukan ke akaun personal. Pastikan bank in ke akaun syarikat bahtera kembara holidays sdn bhd.
Pastikan pakej tersebut bukan terlampau murah dan tak masuk akal. Biasanya murah scammer suruh full payment untuk lock promosi murah.
Scammer pakej travel ada di merata-rata tempat. Bukan sahaja bahtera kembara holidays sahaja kena, kebanyakan syarikat travel yang terkenal akan kena dengan scammer cuba menyamar jadi ejen travel kepada syarikat tersebut. Tapi anda jangan risau scammer tidak akan sesekali menyuruh anda bayar kepada akaun syarikat. Sebab mereka tahu bila masuk akaun syarikat duit tu dah tak boleh scam. Mereka akan cuba sedaya upaya anda bayar ke akaun personal supaya anda bank in mereka terus boleh keluarkan duit dengan segera.